Friday, 9 May 2014

Renungan Bersama !


    Sedarkah kita ? Masa amat mencemburui kita .. Namun , kita masih lalai dilambung ombak lamunan dan tipu daya dunia . Sedangkan kita mempunyai banyak tanggungjawab dan amanah yang WAJIB dilaksanakan kerana Amanah dan Tanggungjawab adalah sesuatu perkara yang paling berat di atas muka bumi ini .. Kita harus INGAT bahawa Allah akan tanya "Adakah kita menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberi kepada kita ?" .. Sedarlah wahai teman bahawa dirimu sekarang ditelan zaman dan bakal menghadapi sesuatu yang engkau tidak sukai sekiranya engkau masih lalai dan masih mengiku arus tipu daya dunia ..

   Kehidupan ini dapat memberikan kita ketenangan sekiranya kita membuat segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya .. Sesungguhnya azab yang dijanjikan olehNya teramat pedih dan terseksa .. Muhasabahlah diri anda agar anda sedar bahawa anda sedang diheret oleh dunia kepada kehancuran .. Ingatlah , Allah akan membalas segala apa yang kita lakukan berdasarkan apa yang kita usahakan dalam hidup kita ..

   Dalam kehidupan kita , kita perlu mencari reda daripada Allah .. Dan Reda Allah juga merupakan daripada reda kedua ibu bapa kita .. Jadi , sedarlah wahai teman-temanku bahawa kamu mempunyai amanah sekarang .. Laksanakanlah amanah yang ada pada diri anda sekarang ! Jagalah hati kedua ibu bapa kita agar kita sentiasa dirahmati olehNya dan sentiasa didoakan oleh kedua ibu bapa kita .. Doa Kedua Ibu Bapa merupakan doa mustajab .. Jagalah hati mereka dan kurniakanlah kejayaan pada mereka .. Jangan biarkan maruah mereka jatuh keran result yang kita perolehi .. Hadiahkan kepada mereka KEJAYAAN yang cemerlang agar mereka berasa gembira dan bangga terhadap kamu ..

  Akhlak kita juga mempengaruhi kepada keputusan peperiksaan kita .. Jadi , jagalah Sahsiah dan akhlak kita sebaiknya kerana itu juga mempengaruhi keberkatan kehidupan kita .. Berakhlaklah seperti apa yang Nabi Muhammad S.A.W syorkan .. Jangan pernah pertikaikan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W lakukan kerana perancangan beliau lebih baik daripada perancangan kita .. Oops , sebelum itu inginku pesan .. Jangan lupa kepada Pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T ..

  Itu Sahaja coretan muhasabah diri daripada diriku .. Moga anda semua dapat memanfaatkan segala apa yang daku luahkan pada anda semua .. Maafkan segala kata-kata kesatku ataupun perkataan yang menyinggung perasaan korang semua .. Sekian , Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh ... Selamat Melakukan Transformasi Dalam Kehidupan !!

No comments:

Post a Comment