Thursday, 8 May 2014
Harapan dan Azam di Anjung 2014
Sebuah kejayaan mestilah bermula daripada hati kita sendiri , kerana hanya kita yang tahu apa yang kita nak jadi .. Nak jadi Pilot , mestilah berusaha dan tahu apa yang perlu dibuat .. Nak jadi Engineer , kenalah tahu apa yang patut dilakukan .... Barulah dalam kehidupan kita ni ada misi dan visi .. Kerana Misi dan Visi itulah kita akan berusaha untuk membuat yang terbaik demi mencapai hasrat dan cita2 kita ..
Dan sebagai renungan , adakah kita sedar bahawa kedua ibu bapa kita telah banyak menghabiskan wang dan banyak berkorban untuk kita .. Apakah usaha kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai itu ? Sedarkah kita bahawa apabila kita pergi ke sekolah ibu dan ayah kita sentiasa berdoa kepada Allah .. "Ya Allah , engkau berikanlah kejayaan kepada anak-anakku ini !" , itulah antara doa yang dikeluarkan oleh ibu bapa kita sejak kita pergi ke sekolah ..
Apakah yang kita lakukan di sekolah ? Adakah kita benar2 ingat tanggungjawab dan harapan ibu bapa kita dan kita ingin membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh serta menjaga tingkah laku kita dan menjaga air muka ibu bapa kita .. Janganlah kita menconteng air muka ibu bapa kita dengan arang ... Ingatlah , tanggungjawab kita sebagai anak terlalu berat .. Perkara yang paling berat di dunia ini adalah AMANAH ..!! Sedarlah rakan2ku yang masih melayang2 di udara dan yang tidak mempunyai misi dan visi .. Bertindaklah sekarang untuk membuktikan bahawa kita ingin merealisasikan harapan kedua ibu bapa kita ..
Tidak ada orang yang dapat mengubah kamu selain kamu sendiri yang mempunyai niat dan berusaha untuk berusaha kepada yang lebih baik !! Bayangkan , ketika kita lalai dalam menjalankan amanah yang diberikan .. Nyawa kedua ibu bapa kita dipanggil oleh Allah untuk bertemu denganNya .. Sanggupkah kita melihat mereka pergi dengan harapannya dikhianati ?? Fikir-fikir dan renungkanlah ... Kunci Transformasi Diri Ada Pada Diri Anda .. Bertindaklah sekarang supaya anada tidak menyesal di kemudian hari ! Wallahualam .. Semoga Titipan kasih dari hatiku ini dapat memberikan input pada para pembaca .. Sekian , Assalamualaikum dan Selamat Melakukan Transformasi !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment