Friday, 9 May 2014

Renungan Bersama !


    Sedarkah kita ? Masa amat mencemburui kita .. Namun , kita masih lalai dilambung ombak lamunan dan tipu daya dunia . Sedangkan kita mempunyai banyak tanggungjawab dan amanah yang WAJIB dilaksanakan kerana Amanah dan Tanggungjawab adalah sesuatu perkara yang paling berat di atas muka bumi ini .. Kita harus INGAT bahawa Allah akan tanya "Adakah kita menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberi kepada kita ?" .. Sedarlah wahai teman bahawa dirimu sekarang ditelan zaman dan bakal menghadapi sesuatu yang engkau tidak sukai sekiranya engkau masih lalai dan masih mengiku arus tipu daya dunia ..

   Kehidupan ini dapat memberikan kita ketenangan sekiranya kita membuat segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya .. Sesungguhnya azab yang dijanjikan olehNya teramat pedih dan terseksa .. Muhasabahlah diri anda agar anda sedar bahawa anda sedang diheret oleh dunia kepada kehancuran .. Ingatlah , Allah akan membalas segala apa yang kita lakukan berdasarkan apa yang kita usahakan dalam hidup kita ..

   Dalam kehidupan kita , kita perlu mencari reda daripada Allah .. Dan Reda Allah juga merupakan daripada reda kedua ibu bapa kita .. Jadi , sedarlah wahai teman-temanku bahawa kamu mempunyai amanah sekarang .. Laksanakanlah amanah yang ada pada diri anda sekarang ! Jagalah hati kedua ibu bapa kita agar kita sentiasa dirahmati olehNya dan sentiasa didoakan oleh kedua ibu bapa kita .. Doa Kedua Ibu Bapa merupakan doa mustajab .. Jagalah hati mereka dan kurniakanlah kejayaan pada mereka .. Jangan biarkan maruah mereka jatuh keran result yang kita perolehi .. Hadiahkan kepada mereka KEJAYAAN yang cemerlang agar mereka berasa gembira dan bangga terhadap kamu ..

  Akhlak kita juga mempengaruhi kepada keputusan peperiksaan kita .. Jadi , jagalah Sahsiah dan akhlak kita sebaiknya kerana itu juga mempengaruhi keberkatan kehidupan kita .. Berakhlaklah seperti apa yang Nabi Muhammad S.A.W syorkan .. Jangan pernah pertikaikan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W lakukan kerana perancangan beliau lebih baik daripada perancangan kita .. Oops , sebelum itu inginku pesan .. Jangan lupa kepada Pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T ..

  Itu Sahaja coretan muhasabah diri daripada diriku .. Moga anda semua dapat memanfaatkan segala apa yang daku luahkan pada anda semua .. Maafkan segala kata-kata kesatku ataupun perkataan yang menyinggung perasaan korang semua .. Sekian , Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh ... Selamat Melakukan Transformasi Dalam Kehidupan !!

Thursday, 8 May 2014

Pantang Larang Kehidupan Perlu Dijaga !

Wahai sahabat2 yg di sayangi kerana Allah...bercintalah kamu dgn org yg bnar2 mencintai kamu dan hanya ALLAH yg bnar2... mencintai kamu melebihi mahluk2 ciptaanNya..kita tdak thu bila ajal akn mjmput kita..jd sblum malaikat maut mjemput kita ayuh kita mgumpul amalan kebaikan b'sama2...jadi marilah kita beramai-ramai menanamkan perasaan cinta kita kpd ALLAH dan RASUL..smoga dgn ini kita akn b'sama2 memasuki SYURGA yg sdang MENANTI...INSYAALLAH...

★ Jika mereka sibuk mencari KECINTAAN . .
Biarlah kita sibuk mencari KEIMANAN . .

★ Jika mereka sibuk mencari PASANGAN . .
Biarlah kita sibuk mencari KEREDHAAN . .

★ Jika mereka menangis kerana kecewa BERCINTA . .
Biar kita mengangis kerana mengingati dosa-dosa . .

★ Jika mereka cintakan kemanusiaan . .
biar kita cintakan TUHAN . .

Biar Hati Mati Menolak Cinta Insani,
Biar Badan Lesu Ditomah Kata Keji,
Jgn Kau Menangis Wahai Mata Hati,
tp Menangislah Andai Cintamu Ditolak IlahI..
Hidupkan Hatimu Dgn Redha IlahI.




syarat-syarat yg perlu antum patuhi... :-
1]. JANGAN TINGGAL SOLAT...
2]. JANGAN MENGELUARKAN KATA2 YANG BOLEH MENGGURISKAN PERASAAN ORANG LAIN...
3]. SILA JANGAN POST OR KOMEN BENDA2 YANG TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH...
4]. POST YANG PANJANG SILA LETAK DALAM DOCS...
5]. TIDAK DI BENARKAN MENGELUARKAN KATA2 YANG KESAT...
6]. JANGAN BERGADUH DI SEBABKAN PERKARA YANG REMEH TEMEH
7]. SILA JAGA SIRATURAHIM SESAMA KITA...
8]. SILA HORMAT AHLI2 YANG LAIN..
9]. JANGAN LUPA PADA ALLAH DALAM KELAPANGAN DAN KESIBUKAN, DALAM KESENANGAN DAN KESUSAHAN...
10]. DAN JADILAH SAHABAT YANG BAIK, SENTIASA MEMBERI PERINGATAN, SENTIASA MERIMA TEGURAN....

Rasulullah s.w.t bersabda, "Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, satu rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang yang baik akhlaknya." (Abu Daud dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4800)

selagi kita IKHLAS dlm usaha kita..Insya ALLAH

Harapan dan Azam di Anjung 2014


Sebuah kejayaan mestilah bermula daripada hati kita sendiri , kerana hanya kita yang tahu apa yang kita nak jadi .. Nak jadi Pilot , mestilah berusaha dan tahu apa yang perlu dibuat .. Nak jadi Engineer , kenalah tahu apa yang patut dilakukan .... Barulah dalam kehidupan kita ni ada misi dan visi .. Kerana Misi dan Visi itulah kita akan berusaha untuk membuat yang terbaik demi mencapai hasrat dan cita2 kita ..
 
      Dan sebagai renungan , adakah kita sedar bahawa kedua ibu bapa kita telah banyak menghabiskan wang dan banyak berkorban untuk kita .. Apakah usaha kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai itu ? Sedarkah kita bahawa apabila kita pergi ke sekolah ibu dan ayah kita sentiasa berdoa kepada Allah .. "Ya Allah , engkau berikanlah kejayaan kepada anak-anakku ini !" , itulah antara doa yang dikeluarkan oleh ibu bapa kita sejak kita pergi ke sekolah ..

    Apakah yang kita lakukan di sekolah ? Adakah kita benar2 ingat tanggungjawab dan harapan ibu bapa kita dan kita ingin membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh serta menjaga tingkah laku kita dan menjaga air muka ibu bapa kita .. Janganlah kita menconteng air muka ibu bapa kita dengan arang ... Ingatlah , tanggungjawab kita sebagai anak terlalu berat .. Perkara yang paling berat di dunia ini adalah AMANAH ..!! Sedarlah rakan2ku yang masih melayang2 di udara dan yang tidak mempunyai misi dan visi .. Bertindaklah sekarang untuk membuktikan bahawa kita ingin merealisasikan harapan kedua ibu bapa kita ..

   Tidak ada orang yang dapat mengubah kamu selain kamu sendiri yang mempunyai niat dan berusaha untuk berusaha kepada yang lebih baik !! Bayangkan , ketika kita lalai dalam menjalankan amanah yang diberikan .. Nyawa kedua ibu bapa kita dipanggil oleh Allah untuk bertemu denganNya .. Sanggupkah kita melihat mereka pergi dengan harapannya dikhianati ?? Fikir-fikir dan renungkanlah ... Kunci Transformasi Diri Ada Pada Diri Anda .. Bertindaklah sekarang supaya anada tidak menyesal di kemudian hari ! Wallahualam .. Semoga Titipan kasih dari hatiku ini dapat memberikan input pada para pembaca .. Sekian , Assalamualaikum dan Selamat Melakukan Transformasi !!