Etika berpakaian dan apakah yang anda perlu pakai?
Kami ingin menyentuh mengenai pakaian para calon pada hari interview. Memandangkan panel penemu ramah ialah pensyarah UniKL MIAT dan juga pensyarah kami, mereka sering mengeluh yang calon lelaki yang lepasan SPM kebanyakannya mempunyai rambut yang berfesyen dan panjang.
Ramai juga calon yang ditolak bulat-bulat hanya kerana gaya rambut dan rambut panjang. Anda kini selangkah di alam kerjaya, anda perlu tahu yang majlis rasmi seperti ini dan lebih-lebih lagi ingin melanjutkan pelajaran dalam lapangan kejuruteraan, rambut mestilah sentiasa kemas, pendek, rapi dan disikat sama ada ke belakang atau tepi. Fesyen rambut layer, Korea, spike, Mohawk, gothic dan berwarna(dye) pula adalah sama sekali dilarang dalam mana-mana sesi temu duga. Ingat, pandangan pertama (first impression) seorang penemu ramah terhadap anda adalah sangat penting.
Selain itu juga, pemakaian mestilah yang kemas dan elok. Ini adalah sesi temu ramah dan bukanya majlis berkabung, penggunaan warna gelap terutamanya hitam adalah tidak digalakkan. Ini termasuk juga buat calon perempuan. Bagi calon lelaki, penggunaan bow tie dan tie nipis dan halus serta kemeja berjalur warna warni (ala-ala clubbing) memang tidak boleh sama sekali. Pernah sekali kami terlihat calon yang hanya memakai t-shirt polo dan diikat pula dengan tali leher.
Bagi calon perempuan, anda mestilah menjadi tumpuan di UniKL MIAT nanti. Dengan nisbah 100 lelaki dan 1 perempuan, anda mesti mendapat perhatian jejaka UniKL MIAT yang sengaja buat-buat berdiri, duduk-duduk, berlegar-legar di perkarangan lobby, cakap guna handphone kuat-kuat, sengaja keluar masuk lobby admin dan sebagainya. Calon perempuan yang bukan Muslim, hendaklah memakai pakaian yang sopan dan yang calon perempuan Muslim mesti lah kena lagi bersopan dan menutup aurat.
Selepas temuduga
Selesai sahaja anda menduduki ujian IQ dan temu duga, keputusan layak masuk ke UniKL MIAT dan surat tawaran masuk universiti akan dikeluarkan secara online. Ini mungkin mengambil masa kira-kira 3 minggu hingga sebulan ataupun lebih selepas tamat tempoh temu duga. Oleh itu, senantiasa lah menyemak status permohonan anda lagi sekali dari masa ke semasa.
Waktu
Sesi bermula pada pukul 9:00 pagi di mana ini ialah waktu puncak di mana kebanyakan pelajar UniKL MIAT hadir ke kelas. Kelas di UniKL MIAT paling awal pun bermula pada pukul 8:30 pagi dan tamat pada 11:00 malam bergantung kepada jadual anda.
Siapakah panel penemuduga anda?
Para panel temu duga terdiri daripada pensyarah UniKL MIAT sendiri, License Aircraft Engineer jemputan, anggota TUDM dan mereka yang berjawatan tinggi dalam pentadbiran UniKL MIAT. Interview dan Ujian IQ adalah 100% dalam Bahasa Inggeris. Tempat di mana anda akan ditemu duga dan menduduki ujian IQ(IQ test) adalah di Perpustakaan UniKL MIAT dan dewan serba guna (multi-purpose hall) UniKL MIAT. Ia boleh jadi salah satu, sama ada anda ditemu duga dan menjalani IQ test di perpustakaan atau pun menduduki IQ test bersama semua calon di dewan dan temu duga di perpustakaan. Tempat pendaftaran, mengambil nombor giliran dan menunggu adalah di Lobby UniKL MIAT iaitu di hadapan pejabat pentadbiran.
Untuk mendapat tempat terawal, sila lah datang awal dan anda akan mendapat nombor giliran yang kecil. Kalau nombor giliran anda besar, boleh jadi juga seharian menunggu macam menunggu di Klinik Desa atau bank.
Untuk soalan semasa sesi temuduga:
Apakah soalan yang selalu ditanya?
Tempat
Sebelum kami memberikan anda sedikit tips tentang bagaimana ujian temu duga dan ujian IQ itu dijalankan, kami ingin memberikan anda sedikit gambaran bagaimanakah, apakah dan di manakah sesi ujian kemasukan ke UniKL MIAT dijalankan. Bagi mereka yang tinggal di semenanjung Malaysia, sesi temu duga diadakan di kampus UniKL MIAT di Dengkil, Selangor. Pada mereka yang jauh di Sabah dan Sarawak, tempat temu duga akan dinyatakan dalam senarai temu duga anda.
Universiti Kuala Lumpur
Malaysian Institute Of Aviation Techonology (UniKL MIAT)
Lot 2891, Jalan Jenderam Hulu, Jenderam Hulu,
43800 Dengkil,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysian Institute Of Aviation Techonology (UniKL MIAT)
Lot 2891, Jalan Jenderam Hulu, Jenderam Hulu,
43800 Dengkil,
Selangor Darul Ehsan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sebelum menghadiri mana-mana interview, sila pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya. Persediaan yang terbaik adalah dengan datang awal daripada waktu bermula. Ini bagi menghilangkan tekanan dan stress anda sepanjang perjalanan dan juga mengurangkan perasaan gugup dan takut menghadapi panel penemuduga.