Wednesday, 12 March 2014

Tanda Tanya Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370 ??


Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.
1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?
Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapalmerupakan rakyat Malaysia.
Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.
Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.
Senarai bilangan penumpang dan krew yang terlibat dalam kehilangan pesawat MH730 mengikut negara.
2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.
Gambar dalam imej radar yang menujukkan kedudukan terakhir pesawat MH730 sebelum hilang.
3. Di mana pesawat ini menghilang?
Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.
Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balikdari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
4. Di mana misi mencari dilakukan?
Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.
Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.
5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?
Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.
Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.
Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200  pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.
6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?
Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganasbuat masa ini.
Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.
Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.
7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?
Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.
Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari kotak hitam pesawat dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.
Perakam penerbangan atau kotak hitamberkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.
Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.
Rakyat Malaysia berharap agar pesawat MH370 segera dijumpai oleh pasukan mencari dan penyelamat.-Gambar hiasan.
8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?
Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.
Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.
9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?
Selain Malaysia, gerakan besar-besaran ini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australiadan Amerika Syarikat.
Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.
Kerajaan Malaysia mengerahkan pelbagai agensi dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH730 yang masih gagal dikesan.
10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?
Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.-Astro Awani

Misteri Kehilangan Pesawat Penerbangan MAS MH370


Misteri Punca Kapal Terbang MAS Malaysia Airlines MH370 Hilang Terhempas : Sehingga setakat saat ini, selepas tentera Vietnam mengesahkan yang mereka telah menemui tompakan minyak di perairan Laut China Selatan malam tadi. Hari ini pemangku Menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien telah pun mengesahkannya…
Misteri punca kapal terbang MAS Malaysia Airlines MH370 hilang terhempas (DI SINI) semakin memeningkan para penyiasat dan pakar bidang penerbangan apabila tiada sebarang tanda kecemasan dilaporkan oleh kapal terbnag MAS Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Bertambah pelik….
kapal terbang malaysia airlines
Tragedi Kapal terbang MAS Hilang MH370 ini cukup unik, apabila hilang (terhempas) tanpa sebarang petunjuk & diketahui punca kehilangannya.
Dan sehingga kini, masih tiada lagi perkembangan & berita terkini Kapal Terbang MAS Malaysia Airlines MH370 Hilang Terhempas. Dan dalam pada masa yang sama, beberapa pakar penerbangan telah tampil ke hadapan memberikan pendapat & juga analisa mereka berdasarkan pengalaman mereka selama ini. Antaranya ialah :

Tragedi Kapal Terbang MAS Hilang & Terhempas? Pendapat Pakar?

1) David Learmount (Pendapat Pakar Penerbangan)
  • Berpendapat spekulasi “bom” sebagai punca kapal terbang Malaysia Airlines MAS hilang terhempas MH370
  • David Learmount merasa pelik apabila juruterbang MAS (Malaysia Airlines MH370) gagal membuat panggilan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk itu, kecuali terdapat bom di dalam kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 tetapi bukti itu tiada
  • David Learmount turut memberikan persamaan kejadian yang berlaku kepada kapal terbang Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun 2009, dimana telah mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.
  • Kapal terbang itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat
  • Kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 adalah moden dibina dengan cantik dan sangat selamat. Jika enjin gagal berfungsi disebabkan gangguan kepada aliran bahan api, kapal terbang Malaysia Airlines itu tetap boleh meluncur tanpa sebarang masalah sekalipun selama kira-kira 40 minit pada ketinggian itu.
  • Walaubagaimanapun, keadaan prestasi juruterbang Malaysia Airlines MAS MH370 (SIAPA DIA, KLIK) pada ketika itu juga mungkin menjadi punca kapal terbang MAS hilang terhempas. Di antara tengah malam dan 2 pagi anda tidak berada dalam prestasi dimana mental atau fizikal anda yang terbaik, anda pada tahap prestasi yang paling rendah dalam kitaran 24 jam.”
  • David Learmount juga tidak menolak kemungkinan kegagalan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 itu dalam masa terdekat. David Learmount berkata demikian apabila mengambil kira sejarah pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009 namun ditemui pada 2011, selepas dua tahun operasi mencari dan menyelamat.
2) Richard Quest (Pendapat Pakar Bidang Penerbangan CNN)
Malaysia Airlines MH370
  • Penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang.
  • Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi. Richard Quest berpendapat sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku.”
  • Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator (MAS) yang sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat bagus
  • Juruterbang boleh melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi.
  • Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan selamat.
  • Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan
  • Tidak menolak kemungkinan punca kemalangan Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.
  • Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan 30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa ketika
kapal terbang malaysia airlines MH370
3) Kapten Jim Tilmon (bekas Juruterbang berpengalaman syarikat penerbangan America Airlines)
  • Insiden itu tidak kedengaran baik” menurut kapten Jim Tilmon yang telah bersara daripada syarikat penerbangan America Airlines.
  • Kapten Jim Tilmon berpendapat komunikasi dengan pesawat sepatutnya tidak mudah terputus berikutan laluan daratan yang mempunyai banyak antena, radar dan radio.
4) Mary Schiavo (Bekas Jeneral dalam Jabatan Pengangkutan Jalan Amerika Syarikat)
  • Mary Schiavo merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku jika tiada sebarang komunikasi
Terbaru, senario buruk mungkin berlaku berikutan terbongkarnya penemuan dua penumpang misteri yang menaiki Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 dengan menggunakan passport palsu.
  • Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MAS MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.
  • Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut. Luigi Maraldi bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.
  • Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.
  • Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel “selamat dan berada dalam keadaan baik. “
  • Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.
  • Justeru, identiti dua penumpang ini menjadi tanda tanya yang cukup besar dan dikhuatiri menjadi punca Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 hilang tanpa sebarang panggilan kecemasan!
Adakah pendedahan dua penumpang misteri itu berkait rapat dengan pendapat & analisa  pakar penerbangan David Learmount? Semuanya akan terjawab dengan penemuan bangkai Kapal Terbang MAS Malaysia Airlines MH370 hilang terhempas itu kelak…

Kenangan Kelab Poni Imtiaz


Wahhh !! Kenangan terindah dalam hidup ketika bersama Imtiaz ... Saya masuk Kelab Poni .. Dan pernah bersama menjayakan Perkemahan Poni Kebangsaan pada tahun 2011 yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin ... Ni lah gambar kenangan yang masih ada ..








Sejarah Sekolah Menengah Imtiaz Besut


Dalam Bahasa Arab, ‘imtiaz’adalah bermaksud kecemerlangan. Penubuhan Sekolah Menengah ‘imtiaz’ adalah hasil cetusan idea Dato’ Seri Idris Bin Jusoh (pada ketika itu adalah Timbalan Menteri Pembangunan) pada 31 Mei 1996. Ianya merupakan kesinambungan daripada program ‘Pintar Quran’ (Quranic Excellence) yang telah dijalankan di Besut, Terengganu. Satu sesi percambahan fikiran seterusnya telah diadakan di Hyatt Regency Saujana Hotel, Subang pada 23 November 1996 yang telah dihadiri oleh ahli-ahli akademik, guru-guru agama dan ahli-ahli profesional.
Sehubungan dengan itu pada tahun 1996 Dato’ Seri Idris bin Jusoh telah mencadangkan penubuhan sekolah ini kepada pihak MARA (MRSM). Sesi ‘Brainstorming’ dengan professional (ahli Akademik) juga diadakan dan lawatan ke luar negara iaitu United Kingdom, Dubai dan Canada juga dilakukan untuk merealisasikan cita-cita murni ini.
Pada tahun 1997 hingga 1998 beliau telah mencari kawasan (tapak), guru-guru yang berminat dan sumber kewangan untuk menubuhkan sekolah ini. ‘imtiaz’– School Of Excellence mula beroperasi pada 9 Januari 1999 dengan kemasukan 7 orang pelajar baru.
Matlamat utama penubuhan‘imtiaz’sebagai sebuah sekolah Agama Bestari adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bidang agama dan akademik, tetapi juga menguasai bidang Sains, Matematik, ICT, Kemahiran Bersosialisasi serta Kepimpinan. ‘imtiaz’ – School of Excellence juga sebuah sekolah swasta yang berdaftar Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Peraturan-Peraturan Pendididikan (Institusi Pendidikan) 1997 No. Perakuan Pendaftaran T2B 0062.
Penekanan diberikan kepada hafazan Al-Quran, penguasaan Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin dan pendedahan kepada Sains dan Teknologi serta penggunaan kaedah pembelajaran ‘Super Learning’ yang akan melahirkan pelajar-pelajar ‘Soleh Pintar’ yang cemerlang dalam semua bidang dan mempunyai peribadi muslim yang unggul. Penggabungan sistem pembelajaran berfokuskan Al-Quran, Pembangunan Sahsiah dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang terdapat di‘imtiaz’menjadikan ianya sebagai satu-satunya Sekolah Agama Pintar (Religous Smart School) yang ulung di negara ini. Dalam konteks ini penekanan juga diberikan kepada:

  • Hafazan Al-Quran
  • Penguasaan Bahasa-Bahasa Asing
  • Sains dan Teknologi (ICT)



Di samping itu juga pihak pengurusan‘imtiaz’ telah mengadakan lawatan ke Maahad Al Zaytun, Haurgeulis, Indramayu Indonesia pada tahun 2000 dan Islamic College di Cape Town, Afrika Selatan pada tahun 2001 sebagai satu tinjauan awal untuk memperkemaskan lagi sistem‘imtiaz’. Pada tahun 2002, sekolah ini telah didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama‘imtiaz’ mengikut kaedah-kaedah pendaftaran dan kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, bagi menjalankan kurikulum agama dan hafazan Al-Quran.
Manakala pada tahun 2003,‘imtiaz’ telah didaftarkan sebagai sebuah sekolah swasta dan diuruskan oleh Yayasan Ehsan –No. Syarikat 302781- x – bagi menawarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pada tahun 2004, pengurusan‘imtiaz’telah diserahkan secara rasminya kepada Yayasan Terengganu . Pada tahun 2006, sekolah ini telah diuruselia oleh Integrity Icon Sendirian Berhad, anak syarikat Yayasan Terengganu dan diiktiraf sebagai sekolah berasrama penuh kerajaan Negeri Terengganu .
Akhirnya, pada tahun 2007, ‘imtiaz’didaftarkan sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kata - Kata Hikmat Islamik


"Cinta yang paling sejati adalah pertama kepada Allah, lalu para Rasulnya, orang tua, keluarga, dan semua orang yang ada di dunia ini."

================================================================


"Man Jadda Wa Jada, siapa yang bersungguh-sungguh pasti dia akan berhasil."

================================================================

"Yang paling sempurna percaya dalam iman adalah orang yang karakter terbaik dan yang paling baik kepada istrinya."

================================================================

"Jika Anda (benar-benar) mencintai Allāh maka ikutilah aku (yaitu: menerima Islam agama Tunggal, mengikuti Qur'an dan Sunnah), Allāh akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allāh Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
(Ali Imran 3:31)

================================================================

Menikahi wanita atau pria karena kecantikannya atau ketampanannya sama seperti membeli rumah karena lapisan catnya. Harta milik yang paling berharga bagi seorang pria di dunia ini adalah hati seorang wanita.

================================================================

Mulailah sekarang, mulailah di mana kamu berada sekarang dengan apa adanya. Jangan pernah pikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tapi sadarilah bahwa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya.

================================================================

Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana bagiannya saling menguatkan bagian yang lain.

================================================================

Saudaramu adalah orang yang berkata benar kepadamu. Teman sejati adalah orang yang mengatakan apa adanya. Tidak menjilat, tidak mengada-ada.

================================================================

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak mau mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang menyia – yiakan sahabat yang telah dicari.

================================================================

Rintihan hujan dalam wktu berkalut dengan malam, para pecinta bersenandung pnh dgn puisi kehidupan mencari kata arti sbuah kebahagiaan.

================================================================

Terbayang satu wajah Penuh cinta penuh kasih Terbayang satu wajah Penuh dengan kehangatan Kau ibu Oh ibu.


================================================================

Kami bekerja sehari-hari Untuk belanja rumah sendiri, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.

================================================================

Wahai Rosulullah, Kau telah ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi ku tanamkan dalam hati ku amalkan sejak dini Engkaulah nabi pembawa cinta Kau bimbing menuju cinta.

================================================================

Tiada keutamaan seperti jihad dan tiada jihad seperti menentang hawa nafsu.

================================================================

Ambillah nasihat baik dari orang yang mengucapkannya meskipun ia tidak mengamalkannya.


================================================================

Silaturahmi dapat membersihkan amalan, memperbanyak harta, menghindarkan bala`, mempermudah hisab (di hari kiamat) dan menunda ajal tiba.

================================================================

Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk. (Imam An Nawawi)


================================================================

Ucapkanlah kepada orang lain kata-kata terbaik yang kalian senang jika mereka mengatakan itu kepadamu.


================================================================

Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu. (Ali bin Abi Thalib).


================================================================

“Janganlah malas dan suka marah, karena keduanya adalah kunci segala keburukan. Barang siapa yang malas, ia tidak akan dapat melaksanakan hak (orang lain), dan barang siapa yang suka marah, maka ia tidak akan sabar mengemban kebenaran”.


================================================================

Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.(Umar bin Khattab).


================================================================

Orang yang paling menyesal di hari kiamat adalah orang yang berbicara keadilan dan ia sendiri tidak melaksanakannya.


================================================================

“Seorang alim yang dapat dimanfaatkan ilmunya lebih utama dari tujuh puluh ribu ‘abid”.


================================================================

“Jika mulut seseorang berkata jujur, maka perilakunya akan bersih, jika niatnya baik, maka rezekinya akan ditambah, dan jika ia berbuat baik kepada keluarganya, maka umurnya akan ditambah”.


================================================================

"Alangkah mungkin orang yang tamak kepada dunia akan mendapatkannya di dunia. Akan tetapi, ketika ia mendapatkan seluruhnya, dunia itu akan menjadi bala` baginya dan ia menjadi sengsara karenanya. Dan alangkah mungkin seorang membenci urusan akhirat. Akan tetapi, ia dapat menggapainya kemudian dan ia hidup bahagia karenanya."


Kata-Kata Hikmat
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah
kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan
kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak
menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke
akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze